nadi.fm

Loading ...
Loading ...

Jadual siaran.

Asalamu alaikum. Buat masa ini siaran beroperasi 24 jam. Siaran akan diisi dengan lagu-lagu dakwah, bacaan al-quran serta taskirah-taskirah menarik buat pendengar budiman. Pada setiap malam insya Allah ada kuliah-kuliah menarik sama ada live atau rakaman. Insya Allah akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

Tuesday, December 23, 2014

40 nasihat Alsyahid Hassan Albana untuk pejuang islam

1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari
satu juz. Usahakan mengkhatamkan al-Quran dalam masa tidak lebih daripada
sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.
2. Hendaklah engkau membaca al-Quran dengan baik, memerhatikannya dengan teliti
dan memikirkan ertinya.
3. Hendaklah engkau mengkaji Sirah Nabi dan sejarah para generasi salaf. Banyak
membaca hadis Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya hafal 40 hadis dalam al-Arba'in
An-Nawawiyah dan juga mengkaji asas-asas akidah dan fiqh.
4. Hendaklah engkau bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
atau berubat, begitu penyakit terasa mengenaimu. Di samping itu perhatikan
faktor-faktor penyebab kekuatan dan perlindungan tubuh serta hindarilah
faktor-faktor penyebab lemahnya kesihatan.
5. Hendaklah engkau menjauhi sikap berlebih-lebihan dalam mengambil kopi, teh,
dan minuman perangsang yang lain. Elakkan sama sekali merokok.
6. Hendaklah engkau perhatikan kebersihan dalam segala hal sama ada tempat
tinggal, pakaian, makanan, minuman, badan dan tempat kerja kerana agama ini
dibina di atas dasar kebersihan.
7.Hendaklah engkau jujur dalam berkata dan jangan sekali-kali berdusta.
8.Hendaklah engkau menepati janji, jangan mengingkarinya bagaimana keadaan pun
yang engkau hadapi.
9.Hendaklah engkau menjadi seorang yang berani dan tahan ujian. Keberanian yang
paling utama adalah terus terang dalam menyatakan kebenaran, ketahanan dalam
menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, adil terhadap diri sendiri dan
dapat menguasainya dalam keadaan marah sekalipun.
10. Hendaklah engkau sentiasa bersikap tenang dan serius. Namun janganlah
keseriusan itu menghalangimu daripada bercanda, senyum dan tawa.
11. Hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan yang sensitif dan
peka oleh kebaikan dan keburukan. Hendaklah engkau juga bersikap rendah diri
dengan tanpa menghina diri, tidak bersikap taklid dan tidak terlalu berlunak
hati.
12. Hendaklah engkau bersikap adil dan benar dalam memutuskan suatu perkara pada
setiap situasi. Jangan kemarahan melalaikanmu daripada berbuat kebaikan, jangan
permusuhan membuatmu lupa daripada pengakuan jasa baik. Berkata benar meskipun
itu merugikan orang yang paling dekat denganmu.
13. Hendaklah engkau menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam aktiviti-aktiviti
sosial. Bahagia jika dapat mempersembahkan bakti kepada orang lain, gemar
melawat orang sakit, membantu yang memerlukan, menanggung orang yang lemah dan
meringankan derita orang yang terkena musibah.
14. Hendaklah engkau berhati kasih, dermawan, bertolak ansur, pemaaf, lemah
lembut kepada manusia mahupun binatang, berperilaku baik dalam berhubungan
dengan semua orang, menjaga etika sosial Islam, menyayangi yang kecil dan
menghormati yang besar, memberi tempat kepada yang lain dalam majlis, tidak
memata-matai, tidak mengumpat, meminta izin jika masuk mahupun keluar rumah dan
lain-lain.
15. Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, serta memperbanyak membaca
akhbar, majalah atau tulisan lain. Bangunkan perpustakaan khusus, seberapapun
ukurannya, konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika
engkau seorang pakar, dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya
dapat membina persepsi yang baik untuk menjadi rujukan bagi pemahaman terhadap
tuntutan fikrah.
16. Hendaklah engkau mempunyai usaha ekonomi yang mandiri, betapapun kecil, dan
cukupkanlah dengan apa yang ada pada dirimu betapa tingginya kapasiti keilmuan.
17. Janganlah engkau terlalu berharap untuk menjadi pegawai dan jadikanlah dia
sebagai sesempit pintu rezeki namun jangan pula engkau tolak jika diberi peluang
untuk itu. Jangan engkau melepaskannya melainkan jika benar-benar bertentangan
dengan tugas dakwahmu.
18. Hendaklah engkau perhatikan tugas-tugasmu secara cermat dan berkualiti.
19. Hendaklah engkau penuhi hakmu dengan baik, penuhi hak-hak orang lain dengan
sempurnan dan janganlah menunda-nunda pekerjaan.
20. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada judi dengan segala jenis apapun
maksud disebaliknya. Jauhi mata pencarian yag haram, betapapun keuntungan besar
yang ada di baliknya.
21. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada riba dalam setiap aktiviti mu dan
sucikan sama sekali daripada riba.
22. Hendaklah engkau memelihara kekayaan umat Islam secara umum dengan mendorong
berkembangnya kilang-kilang dan projek-projek ekonomi Islam. Engkau pun
hendaklah menjaga setiap keping mata wang agar tidak jatuh ke tangan orang
non-Islam dalam keadaan bagaimanapun. Janganlah makan dan berpakaian kecuali
produk negeri Islammu sendiri.
23. Hendaklah engkau mempunyai sumbangan kewangan dalam dakwah, engkau tunaikan
kewajipan zakatmu dan jadikan sebahagian daripada hartamu itu bagi orang yang
meminta dan yang kekurangan, betapa kecil pun penghasilanmu.
24. Hendaklah engkau menyimpan sebahagian daripada penghasilanmu untuk
persediaan masa-masa sukar, betapa sedikit dan jangan sekali-kali menyusahkan
dirimu untuk mengejar kesempurnaan.
25. Hendaklah engkau menghidupkan tradisi Islam dan menghapuskan tradisi asing
dalam setiap aspek kehidupanmu. Jagalah sunnah dalam setiap aktiviti tersebut.
26. Hendaklah engkau memboikot kehakiman kehakiman yang tidak Islami, demikian
juga penerbitan-penerbitan, organisasi-organisasi, sekolah-sekolah dan segenap
institusi yang tidak menyokong fikrahmu secara total.
27. Hendaklah engkau sentiasa merasa diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan
bersiap-siap untuk menuju redha Allah dengan tekad yang kuat, serta mendekatkan
diri kepada Allah dengan banyak ibadah sunah, memperbanyak zikir (hati dan
lisan), dan berusaha mengamalkan doa yang diajarkan pada setiap kesepatan.
28. Hendaklah engkau bersuci dengan baik dan usahakan agar sentiasa dalam
keadaan berwuduk (suci) pada sebahagian besar waktu anda.
29. Hendaklah engkau melakukan solat dengan baik dan sentiasa tepat waktu dalam
menunaikannya. Usahakan untuk sentiasa berjemaah di masjid.
30. Hendaklah engkau berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji. Lakukan sekarang
juga jika kamu telah mampu.
31. Hendaklah senantiasa menyertai dirimu niat jihad dan cinta mati syahid.
Bersiaplah untuk itu pada bila-bila saja peluang untuk itu tiba.
32. Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu.
Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apatah lagi besar. Sediakanlah untuk dirimu
beberapa saat untuk mengintropeksi diri terhadap apa-apa yang telah dilakukan,
yang baik mahupun yang buruk. Perhatikan masa, kerana masa adalah kehidupan itu
sendiri. Janganlah engkau pergunakan ia sedikitpun tanpa guna dan janganlah
engkau ceroboh terhadap hal-hal yang syubhat supaya tidak jatuh ke dalam lembah
yang haram.
33. Hendaklah engkau berjuang meningkatkan keupayaan dengan bersungguh-sungguh
agar engkau dapat menerima tongkat kepemimpinan. Hendaklah engkau menundukkan
pandanganmu, menekan emosimu, dan mengawal jiwamu. Gapailah hanya yang halal dan
baik serta hijabilah dari yang haram dalam keadaan bagaimanapun.
34. Hendaklah engkau jauhi mabuk dan seluruh makanan atau minuman yang
memabukkan sejauh-jauhnya.
35. Hendaklah engkau menjauh daripada pergaulan dengan orang jahat dan
persahabatan dengan orang yang rosak serta jauhilah tempat-tempat maksiat.
36. Hendaklah engkau perangi tempat-tempat yang tidak sepatutnya, jangan
sekali-kali mendekatinya, serta jauhi gaya hidup mewah dan bersantai-santai.
37. Hendaklah engkau mengetahui teman pergaulanmu satu persatu dengan
pengetahuan yang lengkap dan kenalkanlah dirimu kepada mereka dengan
selengkap-lengkapnya. Tunaikanlah hak-hak ukhuwah mereka dengan sepenuhnya hak
kasih sayang, penghargaan, pertolongan dan itsar. Hendaklah hadir di majlis
mereka, tidak hadir kecuali ada keuzuran atau kecemasan dan pegang teguhlah
sikap dalam pergaulanmu dengan mereka.
38. Hendaklah engkau elakkan hubungan dengan organisasi atau jamaah  sekiranya
hubungan itu tidak membawa maslahat bagi fikrahmu.
39. Hendaklah engkau menyebarkan dakwahmu di mana-mana dan memberi maklumat
kepada pemimpin tentang segala keadaan yang melingkupimu. Jangan engkau berbuat
sesuatu yang memberi kesan penyertaan kecuali dengan izinnya.
40. Hendaklah engkau sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani mahupun
fizikal dengan Jamaah dan menempatkan dirimu sebagai "tentera yang berada
diberek yang sedang menanti arahan komander".
http://detikislam.blogspot.com/

Tuesday, March 4, 2014

25 kelebihan istighfar


s1600/astagfirullah
Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya,
berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.
1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang
hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah
bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)
3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku,
nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak
peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab
Ihya’Ulumiddin: 1/410).
4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk
neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam
sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa
mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu
balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik
pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).
6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka
(masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar)
kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang
itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya
lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
8. MEREDAM AZAB
8:33
Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka,
sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).
9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap
kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi
setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan
beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan
ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya
dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).
15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah
segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan
Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).
17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)
18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan
hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.”
(QS.Nuh: 10-12).
19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang
lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah
istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras
atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)
21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh:
10-12).
22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik
itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan
membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar)
kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).
25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa
hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan
ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).
Sumber: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/10/25-manfaat-istighfar.html#axzz2MoqscIbs

Monday, February 10, 2014

politik dalam agama.

POLITIK






Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari ustaz.
1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah?
2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”?
3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah?
4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik?Sekian,terima kasih.

Jawapan :

1.APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan. (Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

2.APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

3.KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku?

Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

4.BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa.

Allah berfirman;“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)



Dicatat oleh IBNU MUSLIM di

Saturday, February 8, 2014

Carilah keampunan Allah

MUTIARA HADIS
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan
mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli.
Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon
keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam,
engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau
menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu
dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani

Sunday, February 2, 2014

KELEBIHAN AGAMA ISLAM (1 PERKONGSIAN)

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM(Satu perkongsian)

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).

Hadis Kesepuluh

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا. (البخاري)



10 - Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya."

(Bukhari)

Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:

(1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

(2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.

(3) Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah.

Huraiannya:

Pertama - Soal orang kafir masuk Islam:

Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.

Kedua - Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam:

Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya.

Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.

Ketiga - Balasan orang yang berdosa:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla.

Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat.

Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar, terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka.

Hadis Kesebelas

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا. (البخاري)



11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."

(Bukhari)

Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang:

Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:

Huraiannya:

Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.

Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh, hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana tujuan yang lain.

Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.

Hadis Kedua Belas

عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ. (البخاري ومسلم)



12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah "Kalimah Allah"(1) yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya(2) dan (bahawa) Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya."

(Bukhari dan Muslim)

__________________________

(1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.

(2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.

Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan:

(1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga.

(2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat.

Huraiannya:

Pertama - Keyakinan dan Penerangan:

Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu mestilah melafazkan kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang keesaan Allah, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka.

Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga. Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan dan menjauhkan diri dari segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga; kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah - jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.

Kedua - Menentang fahaman Sesat:

Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan fahaman:

(1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan.

(2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa.

(3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka.

CADANGAN BLOG

JUMLAH PELAWAT