nadi.fm

Loading ...
Loading ...

Jadual siaran.

Asalamu alaikum. Buat masa ini siaran beroperasi 24 jam. Siaran akan diisi dengan lagu-lagu dakwah, bacaan al-quran serta taskirah-taskirah menarik buat pendengar budiman. Pada setiap malam insya Allah ada kuliah-kuliah menarik sama ada live atau rakaman. Insya Allah akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

Tuesday, December 23, 2014

40 nasihat Alsyahid Hassan Albana untuk pejuang islam

1. Hendaklah engkau mempunyai wirid harian dari kitabullah tidak kurang dari
satu juz. Usahakan mengkhatamkan al-Quran dalam masa tidak lebih daripada
sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.
2. Hendaklah engkau membaca al-Quran dengan baik, memerhatikannya dengan teliti
dan memikirkan ertinya.
3. Hendaklah engkau mengkaji Sirah Nabi dan sejarah para generasi salaf. Banyak
membaca hadis Rasulullah SAW, sekurang-kurangnya hafal 40 hadis dalam al-Arba'in
An-Nawawiyah dan juga mengkaji asas-asas akidah dan fiqh.
4. Hendaklah engkau bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
atau berubat, begitu penyakit terasa mengenaimu. Di samping itu perhatikan
faktor-faktor penyebab kekuatan dan perlindungan tubuh serta hindarilah
faktor-faktor penyebab lemahnya kesihatan.
5. Hendaklah engkau menjauhi sikap berlebih-lebihan dalam mengambil kopi, teh,
dan minuman perangsang yang lain. Elakkan sama sekali merokok.
6. Hendaklah engkau perhatikan kebersihan dalam segala hal sama ada tempat
tinggal, pakaian, makanan, minuman, badan dan tempat kerja kerana agama ini
dibina di atas dasar kebersihan.
7.Hendaklah engkau jujur dalam berkata dan jangan sekali-kali berdusta.
8.Hendaklah engkau menepati janji, jangan mengingkarinya bagaimana keadaan pun
yang engkau hadapi.
9.Hendaklah engkau menjadi seorang yang berani dan tahan ujian. Keberanian yang
paling utama adalah terus terang dalam menyatakan kebenaran, ketahanan dalam
menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, adil terhadap diri sendiri dan
dapat menguasainya dalam keadaan marah sekalipun.
10. Hendaklah engkau sentiasa bersikap tenang dan serius. Namun janganlah
keseriusan itu menghalangimu daripada bercanda, senyum dan tawa.
11. Hendaklah engkau memiliki rasa malu yang kuat, berperasaan yang sensitif dan
peka oleh kebaikan dan keburukan. Hendaklah engkau juga bersikap rendah diri
dengan tanpa menghina diri, tidak bersikap taklid dan tidak terlalu berlunak
hati.
12. Hendaklah engkau bersikap adil dan benar dalam memutuskan suatu perkara pada
setiap situasi. Jangan kemarahan melalaikanmu daripada berbuat kebaikan, jangan
permusuhan membuatmu lupa daripada pengakuan jasa baik. Berkata benar meskipun
itu merugikan orang yang paling dekat denganmu.
13. Hendaklah engkau menjadi pekerja rajin dan terlatih dalam aktiviti-aktiviti
sosial. Bahagia jika dapat mempersembahkan bakti kepada orang lain, gemar
melawat orang sakit, membantu yang memerlukan, menanggung orang yang lemah dan
meringankan derita orang yang terkena musibah.
14. Hendaklah engkau berhati kasih, dermawan, bertolak ansur, pemaaf, lemah
lembut kepada manusia mahupun binatang, berperilaku baik dalam berhubungan
dengan semua orang, menjaga etika sosial Islam, menyayangi yang kecil dan
menghormati yang besar, memberi tempat kepada yang lain dalam majlis, tidak
memata-matai, tidak mengumpat, meminta izin jika masuk mahupun keluar rumah dan
lain-lain.
15. Hendaklah engkau pandai membaca dan menulis, serta memperbanyak membaca
akhbar, majalah atau tulisan lain. Bangunkan perpustakaan khusus, seberapapun
ukurannya, konsentrasilah terhadap spesifikasi keilmuan dan keahlianmu jika
engkau seorang pakar, dan kuasailah persoalan Islam secara umum yang dengannya
dapat membina persepsi yang baik untuk menjadi rujukan bagi pemahaman terhadap
tuntutan fikrah.
16. Hendaklah engkau mempunyai usaha ekonomi yang mandiri, betapapun kecil, dan
cukupkanlah dengan apa yang ada pada dirimu betapa tingginya kapasiti keilmuan.
17. Janganlah engkau terlalu berharap untuk menjadi pegawai dan jadikanlah dia
sebagai sesempit pintu rezeki namun jangan pula engkau tolak jika diberi peluang
untuk itu. Jangan engkau melepaskannya melainkan jika benar-benar bertentangan
dengan tugas dakwahmu.
18. Hendaklah engkau perhatikan tugas-tugasmu secara cermat dan berkualiti.
19. Hendaklah engkau penuhi hakmu dengan baik, penuhi hak-hak orang lain dengan
sempurnan dan janganlah menunda-nunda pekerjaan.
20. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada judi dengan segala jenis apapun
maksud disebaliknya. Jauhi mata pencarian yag haram, betapapun keuntungan besar
yang ada di baliknya.
21. Hendaklah engkau menjauhkan diri daripada riba dalam setiap aktiviti mu dan
sucikan sama sekali daripada riba.
22. Hendaklah engkau memelihara kekayaan umat Islam secara umum dengan mendorong
berkembangnya kilang-kilang dan projek-projek ekonomi Islam. Engkau pun
hendaklah menjaga setiap keping mata wang agar tidak jatuh ke tangan orang
non-Islam dalam keadaan bagaimanapun. Janganlah makan dan berpakaian kecuali
produk negeri Islammu sendiri.
23. Hendaklah engkau mempunyai sumbangan kewangan dalam dakwah, engkau tunaikan
kewajipan zakatmu dan jadikan sebahagian daripada hartamu itu bagi orang yang
meminta dan yang kekurangan, betapa kecil pun penghasilanmu.
24. Hendaklah engkau menyimpan sebahagian daripada penghasilanmu untuk
persediaan masa-masa sukar, betapa sedikit dan jangan sekali-kali menyusahkan
dirimu untuk mengejar kesempurnaan.
25. Hendaklah engkau menghidupkan tradisi Islam dan menghapuskan tradisi asing
dalam setiap aspek kehidupanmu. Jagalah sunnah dalam setiap aktiviti tersebut.
26. Hendaklah engkau memboikot kehakiman kehakiman yang tidak Islami, demikian
juga penerbitan-penerbitan, organisasi-organisasi, sekolah-sekolah dan segenap
institusi yang tidak menyokong fikrahmu secara total.
27. Hendaklah engkau sentiasa merasa diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan
bersiap-siap untuk menuju redha Allah dengan tekad yang kuat, serta mendekatkan
diri kepada Allah dengan banyak ibadah sunah, memperbanyak zikir (hati dan
lisan), dan berusaha mengamalkan doa yang diajarkan pada setiap kesepatan.
28. Hendaklah engkau bersuci dengan baik dan usahakan agar sentiasa dalam
keadaan berwuduk (suci) pada sebahagian besar waktu anda.
29. Hendaklah engkau melakukan solat dengan baik dan sentiasa tepat waktu dalam
menunaikannya. Usahakan untuk sentiasa berjemaah di masjid.
30. Hendaklah engkau berpuasa Ramadhan dan menunaikan haji. Lakukan sekarang
juga jika kamu telah mampu.
31. Hendaklah senantiasa menyertai dirimu niat jihad dan cinta mati syahid.
Bersiaplah untuk itu pada bila-bila saja peluang untuk itu tiba.
32. Hendaklah engkau sentiasa memperbaharui taubat dan istghfarmu.
Berhati-hatilah terhadap dosa kecil, apatah lagi besar. Sediakanlah untuk dirimu
beberapa saat untuk mengintropeksi diri terhadap apa-apa yang telah dilakukan,
yang baik mahupun yang buruk. Perhatikan masa, kerana masa adalah kehidupan itu
sendiri. Janganlah engkau pergunakan ia sedikitpun tanpa guna dan janganlah
engkau ceroboh terhadap hal-hal yang syubhat supaya tidak jatuh ke dalam lembah
yang haram.
33. Hendaklah engkau berjuang meningkatkan keupayaan dengan bersungguh-sungguh
agar engkau dapat menerima tongkat kepemimpinan. Hendaklah engkau menundukkan
pandanganmu, menekan emosimu, dan mengawal jiwamu. Gapailah hanya yang halal dan
baik serta hijabilah dari yang haram dalam keadaan bagaimanapun.
34. Hendaklah engkau jauhi mabuk dan seluruh makanan atau minuman yang
memabukkan sejauh-jauhnya.
35. Hendaklah engkau menjauh daripada pergaulan dengan orang jahat dan
persahabatan dengan orang yang rosak serta jauhilah tempat-tempat maksiat.
36. Hendaklah engkau perangi tempat-tempat yang tidak sepatutnya, jangan
sekali-kali mendekatinya, serta jauhi gaya hidup mewah dan bersantai-santai.
37. Hendaklah engkau mengetahui teman pergaulanmu satu persatu dengan
pengetahuan yang lengkap dan kenalkanlah dirimu kepada mereka dengan
selengkap-lengkapnya. Tunaikanlah hak-hak ukhuwah mereka dengan sepenuhnya hak
kasih sayang, penghargaan, pertolongan dan itsar. Hendaklah hadir di majlis
mereka, tidak hadir kecuali ada keuzuran atau kecemasan dan pegang teguhlah
sikap dalam pergaulanmu dengan mereka.
38. Hendaklah engkau elakkan hubungan dengan organisasi atau jamaah  sekiranya
hubungan itu tidak membawa maslahat bagi fikrahmu.
39. Hendaklah engkau menyebarkan dakwahmu di mana-mana dan memberi maklumat
kepada pemimpin tentang segala keadaan yang melingkupimu. Jangan engkau berbuat
sesuatu yang memberi kesan penyertaan kecuali dengan izinnya.
40. Hendaklah engkau sentiasa menjalinkan hubungan baik secara rohani mahupun
fizikal dengan Jamaah dan menempatkan dirimu sebagai "tentera yang berada
diberek yang sedang menanti arahan komander".
http://detikislam.blogspot.com/

CADANGAN BLOG

JUMLAH PELAWAT