nadi.fm

Loading ...
Loading ...

Jadual siaran.

Asalamu alaikum. Buat masa ini siaran beroperasi 24 jam. Siaran akan diisi dengan lagu-lagu dakwah, bacaan al-quran serta taskirah-taskirah menarik buat pendengar budiman. Pada setiap malam insya Allah ada kuliah-kuliah menarik sama ada live atau rakaman. Insya Allah akan di kemas kini dari semasa ke semasa.

TENTANG KAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Nadifm merupakan sebuah radio internet persendirian yang ditubuhkan pada 20 Januari 2014 oleh seorang OKU penglihatan; Johari Bin Hassan. Beliau berhasrat bahawa penubuhan radio ini dapatlah merialisasikan segala impiannya.Kini, radio ini berada di bawah syarikat Nadi Entertainment yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Radio ini ditubuhkan bertujuan untuk mendidik jiwa pendengar dengan pelbagai santapan ilmu, agama, info yang bermanfaat. Selain itu, beliau berhasrat memberi tunjuk ajar dan bimbingan melalui siaran ceramah, kuliah dan tazkirah agama yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah yang terpilih.

Seterusnya, pembangunan radio ini juga bertujuan untuk dikomersialkan sebagai salah satu punca pendapatan beliau bagi menyara keluarganya. Sekiranya pembangunan radio ini dapat dijayakan, beliau berhasrat untuk membantu pihak yang memerlukan untuk mendapatkan sedikit dana terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan dan pembangunan Islam dan ummahnya. Oleh itu, harapan beliau agar semua pihak dapat membantu merialisasikan impian beliau ini.

CADANGAN BLOG

JUMLAH PELAWAT